Balik Kampung!!
Hehe...best gilerr time balik kampung minggu lepas. Seronok tak terkata....mana tak nyer mmg dah lama gilerrr tak balik. start from 5th to 11th feb, balik naik bas transnasional yg bengong pada mlm aku nak balik. Ada ke patut bas delay sampai 1 jam. Dah lerrr penat lepas keje. tapi takper lah...selamat sampai gak ke kampung akhirnyer. Aktiviti macam biasa....kami sekeluarga panggang satay selama 2 hari, 2 malam...hihihihi...itupun tak puas2 gak. ok...kat sini kami sertakan bahan2 utk membuat satay daging.
Satay Daging Polaris
Bahan-bahannya:
2 Kg Daging
2 batang serai
10 ulas bawang putih
50gm halia
serbuk kunyit
Ketumbar & jintan manis
5 sudu besar gula
garam secukupnya
sedikit madu
Cara Penyediaan:
Cuci & potong daging mengikut suka.
Kisar bawang putih, serai, halia, ketumbar & jintan hingga halus. Kemudian masukkan kesemua bahan2 kedalam daging yg dipotong tadi. Kacau sehingga rata. Selepas dicucuk bolehlah dibakar sehingga masak.
Sekian terima kasih...
Selamat mencuba... :-)

Comments